~~meh la baca~~

Wednesday, May 23, 2012

.broga.

oohhooiii.....apa khabaq suma.sihat dak?harap sihat la noo..ok stop talking loghat penang.penat okay.HAHA.seperti yang sudah sedia maklum.tajuk diatas menunjukkan aku akan tulis pasal broga.hah!apa tue broga.adakah ia sejenis kuih yang sedap atau kereta terbaru keluaran proton.HAHA.siapa yang tau tau briga memang sah korang tak pernah dengar HOT fm lebih hangat daru biasa tue kan.Okay,broga tue ialah sejenis bukit yer.yang terletak di semenyih,selangor.bersebelahan dengan Universiti Nothigham*aku tak tau aku eja u nie betul ker tak*so,malas nak bebel panjang sebab konfem2 la korang bukannya nak baca sangat pun tapi more to see my picture kan.soo...apa lagi..jom tonton gambar*betul ker tatabahasa aku nie?*

.FIRST TIME.
first sampai broga. looks muka excited kan.HAHA.

naik ramai-ramai.so,kalau jatuh ada back up.HAR3.

.SECOND TIME.
okay.pukul 6 pagi aku dah start mendaki.

HAHA,baru sampai.rehat jap kat batu.semput woo..

*ngee..comel tak aku buat muka cam tue*HAHA.

*no comment laa..*


pisss~~memang dua kali aku naik broga nie.dua kali juga la aku pakai baju yang sama.bukan apa selesa woo pakai baju nie.tak rimas langsung.SERIUSS!!baju nie serap peluh dan tak nampak bentuk body aku nie.HUHU.








Monday, May 14, 2012

.surat untuk bakal suami.

Bila sebut lelaki.bukan maknanya perempuan tue gatal,gedik atau hormon terlebih-lebih.memang lumrah pompuan la suka lelaki.kang suka perempuan gak songsang pulak kan.

Surat nie aku tulis untuk bakal suami aku.

Assalammualaikum.
    Saya tulis surat nie sebab saya nak bagitau sesuatu kat awak sebelum awak jadi sepenuhnya milik saya.oh,buka sepenuhnya,sebab awak milik Allah.saya hanya pinjam aku untuk seketika.awak akan jadi milik saya.saya bersyukur Allah kirimkan awak untuk saya.saya nak bagitau awak sesuatu.awak baca elok-elok.awak hayati betul-betul.saya  tak awak minta jadi sekacak Nabi Yusoff yang menawan Zulaikha,tak sekaya Nabi Sulaiman yang menjadi raja selama 40 tahun,tak setabah Nabi Ayob yang mampu menahan penyakit tanpa mengeluh bertahun-tahun,tak seberani Nabi Ibrahim yang mampu memecahkan berhala semasa kecil,tak seberani Nabi Isa yang mampu melawan ayah angkat baginda, Firaun tak sesuci Nabi Muhammad yang telah dibasuh hatinya dengan air zam-zam.

  Apa yang saya minta.lelaki yang mampu memimamkan solat saya,menegur saya kalau saya salah,merawat saya bila saya sakit,menenangkan saya bila saya resah.megembirakan saya bila saya sedih.mengajar saya bila saya tidak tahu.meyambut tangan saya bila saya jatuh.memimpin tangan saya bila saya dibelakang.

   Tak perlulah berlebih-lebihan cuma saya mahukan yang sederhana.itu yang saya mahu.Saya juga harap awak boleh terima zuriat yang saya kandung.Sanggup susah senang dengan saya.Tak akan tinggalkan saya walau apa jua keadaan.biarlah ajal yang memisahkan kita.Yang mencintai saya sampai akhir hayat awak. Yang merindui saya setiap masa.Yang hanya memandang saya istimewa di mata awak.

  Akhir sekali,saya nak awak janji.awak akan jaga saya macam mana awak jaga diri awak.

Assalammualaikum,peneman hatiku.

*nanti akad nikah elok-elok yer.awak cool and relax jer tau*

-LELAKI-

Daripada,
Bakal Isteri Awak.

Okay.stop romantic scene.geli lak aku tulis.Haha.*tapi tue la yang aku nak.*tapi lagi extra dapat lagi yang tahu masak,kemas rumah,romatik sikit.HAHA.enough2 huda.dah mengarut nie.*gatai sungguh nie*

   Cuma setiap kali berdoa.aku minta lelaki yang bakal menjadi teman hidup aku biarlah sekufu dengan aku.yang sanggup menerima aku seadanya dan menerima kelemahan diri aku.


Piss~~ when you love me ask my mother to marry me. 







.ayah.

Bila sebut pasal ayah.hati aku tiba-tiba sebak.tak pernah aku sangka Allah hanya pinjamkan insan yang bernama MOHD IDROS BIN HANAFIAH untuk aku selama 18  tahun.yer,bila tengok luaran aku happy.tapi aku terasa bila ada yang dapat pimpin tangan,tolak kerusi roda ayah diaorang.aku sedih sebab aku tak dapat cium tangan ayah aku bila aku balik.aku sedih bila setiap berita aku tak dapat sampaikan dekat ayah aku.aku sedih bila aku lemah ayah aku tak ada kat sebelah aku.aku sedih bila isi borang maklumat diri.tapi aku tak ralat sebab aku sempat jaga ayah aku masa ayah aku kat HUKM.*tapi masa tue bukan aku yg jaga ayah aku,tapi ayah aku yang jaga aku.HEHE.* kalau korang nak tau bufday aku sama dengan ayah aku.tap ramai tak caya.grr..geram jugak kalau ada yang tak caya.cam nak sekeh jer kepala.

   Ayah meninggal masa aku sem 1.lagi 2 minggu aku nak final exam.pukul 2 pagi kakak aku kejut.dalam hati aku dah agak,ayah dah pergi.aku kuatkan semangat,tahan air mata agar tak tumpah.sampai hospital aku nengok ayah dah berbalut dengan kain putih.ayah kaku.pejam mata.tidak bergerak.aku nengok adik-beradik aku menangis,kami berpelukkan.tapi pelukkan tak dapatkan redakan sedih aku.aku diri tepi dinding
 harapkan keajaiban berlaku.aku dengar yasin.kat rumah macam tue.aku tidur sebab aku harapkan semua itu mimpi ngeri aku.tapi bukan.ayah memang betul dah tak der.dalam diri,aku paksa redhakan diri aku.ayah bukan hak aku,ayah bukan milik aku,ayah hanya pinjaman yang bila-bila masa boleh ditarik.aku ambil cuti 3 hari.cukuplah sampai hari terakhir tahlil untuk ayah.bukan apa,aku nak lupakan sedih aku.aku ingat aku kuat,tapi air mata jatuh bila aku lihat lelaki bernama ayah walaupun bukan ayah aku.

     Dalam hati,aku tanya,kenapa Allah ambil ayah aku?kenapa tak ambil orang jahat.ayah aku baik.baik sangat-sangat.tapi aku ingatkan balik.Hak Allah siapa boleh sangkal.aku hamba.sebelum ayah meninggal ayah jadi kurus.ayah macam tahu ajal dia akan tiba,ayah tak nak cakap.cuma beri bahasa isyarat.ayah cakap.belajar rajin2.solat jangan tinggal.ahh..ruginya aku sebab itu jer yang aku boleh tangkap.setiap tahun bila bufday aku,aku jadi sedih.peneman aku masa aku sedih dah tak ada.yang nak rasa aku masak dah tak ada,yang nak tegur aku dah tak ada.yang kasi aku semangat dah tak ada.

   Kalau bufday sama.mesti rapat?yer,memang aku dan ayah rapat.tapi kami berbeza sikap.
*ayah agak pendiam aku pulak pembising.
*ayah pengemas aku pulak penyelerak.
*ayah seorang yang buat kerja sampai habis,aku pulak buat kerja mesti nak bertangguh.
*ayah kemas bila nak pergi kerja,aku pulak tudung senget pun boleh pegi kelas.
*ayah sangat displin aku pulak sebaliknya la.HAHA.
*ayah pandai,aku pulak suam-suam kuku.

persamaam kami pulak :
*suka berangan.
*suka mengalah.kalau mak aku membebel,aku diam jer. *taat kan aku nie*haha.
*berselera bila makan.
*cara jalan.
 *cepat percayakan orang.
*cepat kasihankan orang.

#cukup la kasi tau sikit-sikit.aku ada video nak tunjuk nie.

-buang-
*video terakhir aku rakam sebelum ayah pergi mengadap Illahi*


piss~~untungnya mereka yang masih mempunyai ayah.walau segarang manapun ayah,walau sesibuk manapun ayah,walau sejauh manapun ayah, ingat lah dalam hati seorang ayah,nama anak-anak tidak pernah luntur.jika ayah marah,jangan dilawan,jika ayah merotan jangan dilawan,jika ayah menegur,jangan dilawan,jika ayah menyuruh sesuatu jangan dilawan.aku percaya semua itu untuk kebaikkan kita juga sebagai anak.

Sunday, May 13, 2012

.feeling.

Tak ada apa-apa nak cakap.cuma aku nak kongsikan perasaan aku.

.AKU SUKA KAU SANGAT-SANGAT.

even i know i will never gets you.but i always pray to gets SOMEONE LIKE YOU one day.

this is for you *lintah kacak*

*hensem tak lintah  aku.HAHA.*





Koleksi Gambar Annoying #Part 1#

Ohhooiiii..*sila sebut seperti M Daud Kilau yer.*alang-alang nak annoying biar buat betul-betulkan.okay lah aku tak nak bebel bukan-bukan.tapi aku nak tunjukkan gambar aku yang tersangat lah annoying sampai aku rasa dalam gambar tue bukan aku!!.see yaa okay!

apa jenis style la buat cam nie.macam nak letak sedebik jer kat muka nie.

okay.masa aku buat facial.ayah aku tangkap.busuk gila benda kat muka aku dan benda tue la buat muka aku gatal untuk satu minggu.

bajet betul-betul kat ISS padahal aku kat atas bumi yang tarikan grativiti macam biasa. Bulat aku dah cakap buat muka kaget tapi dia tetap buat muka comel.ciss!

piss~~walau se-annoying mana pun gambar kita ambil tapi ingat masa tangkap gambar tue tetap kekalkan kecantikkan dan keanggunan yer.HAHA.


Saturday, May 12, 2012

Jangan Salah Faham

Dengan adanya tajuk diatas mesti korang tertanya apa yang salah faham.mende nyer nak faham ker idak!walaupun aku nie tak der la fames amos mana pun kat kolej aku tapi aku dapat rasakan ada yang memerhatikan aku.*perasan kejap okay*.sedang aku jalan kaki lalu jumpa kawan aku.mula lah kami akan start gosip.maklumlah orang pompuan ngan gosip macam air dan tebing.tiba-tiba kawan aku boleh pulak selitkan nak tanya aku. 'hey,huda kau kapel ngan dia nie ker,dia tue ker..??aiyakk..time nie memang aku rasa macam artis.suka la gak tapi aku cam nak kasi setepek kat tukang tanya tue.!!tapi tak per,at least kawan2 aku tanya aku untuk kepastian diaorang.tak der la diaorang sangsi mangsi ngan aku kan.
    Okay,korang nak tau tak ngan sapa aku kena gosip.HAHA.kadang-kadang aku boleh gelak terlompat-lompat bila diingatkan balik.ayoiiii...

*HAHA.ada ker patut depa gosipkan aku ngan GG lidah pendek nie*

*no.no.no.terkeluarnya gosip nie kerana gambar nie.*-yang si Muhajjir nie pun sengal buat dp FB guna gamabr nie.*

*gosip paling tak boleh terima.terang2 si AFIFI nie dah ada awek.*-

piss~~jangan suka bergosip.kalau tak tau satu cerita tue,baik korang angkat kaki pastu jumpa kawan korang yang kena gosip tue.kesian dia kena gosip mosip nie.



Married Is Nothing.



Nengok tajuk diatas sudah menaikkan darah sesiapa saja yang membaca.boleh hangin satu badan la kalau aku cakap cam nie kat kawan aku.pernah sekali aku cakap perkahwinan tak beri apa2 erti bagi aku.kawan aku tue marah tersangat la marah kat aku.bukan aku tak percaya dengan ikatan perkahwinan.aku juga percaya kahwin itu sunnah.Tapi aku cuma tak yakin dengan perkahwinan.Ramai tanya aku kenapa aku tak percaya dengan perkahwinan.Aku bukan fobia dengan lelaki atau trauma dengan alam percintaan cuma keadaan sekeliling membuatkan aku takut untuk mendampingi seorang yang bernama LELAKI dan berpangkat SUAMI.
    
     Memang.memang aku takut dengan bayang-bayang sendiri.aku takut ditinggalkan.Aku pernah melihat macam mana pedih dan sakit bila suami yang dipercayai meninggalkan kita.Kes suami meninggalkan isteri banyak berlaku.Macam tue jugak suami kahwin lain dibelakang isteri.Inikah yang dinamakan imam dan pemimpin perempuan.

     Yer,bukan semua lelaki macam tue.tapi macam aku cakap keadaan sekeliling mempengaruhi pemikiran aku tentang perkahwinan.Aku pun nak bersuami suatu hari nanti.Dan aku selalu pohon pada yang Kuasa agar suatu hari nanti Dia kirimkan seorang lelaki yang boleh ubah mind set aku tentang perkahwinan.
*bila aku nak macam nie?*


pisss~~lelaki itu pembimbing,bukan pembuli.

Friday, May 11, 2012

KAWAN LAMA ~miss them~

   Tiba-tiba aku teringat kawan lama aku kat sekolah rendah dulu.diaorang nie lah kawan yang rapat ngan aku time kecik.main sama-sama,kelas sama-sama,blaja sama-sama.kira semua sama-samalah. orang selalu tanya apa tue hunaika_2012.nie aku nak bagitau hangpa noo, hu-->huda, na--->natasha ika--->zulaikha.2012-->20.01.1992.tarikh lahir aku*sila alert okay bufday aku.HAHA*


NATASHA AMIRA BT KAMARUDDIN.
kawan aku yang paling dekat ngan rumah aku.dekat ker??dekat lak gak an.natasha,ingat tak lagi cerita budak-budak kita.paling aku ingat kalau kita nak pergi sekolah agama.masing2 bawa payung.takut hujan sebab kita jaan kaki pergi sekolah agama.sampai satu tempat lapang yang berpasir kita konon kat padang pasir.buat-buat penat la,dahaga la.HAHA.klakar kalau ingat balik.sebelum pergi sekolah agama kita nengok cd dulu.aku amek cd kat umah aku tapi nengok kat umah ko.maklum lah masing2 mak ayah tak der kat umah.pagi2 lagi aku dah terpacak depan umah ko,sebab aku kan tumpang kau gi skola.kalau aku bosan tunggu aku amek buah jambu depan umah kau makan. nie la kisah aku ngan kau paling aku ingat.kalau aku nak tulis semua memang panjang la entry aku an.nak nengok dia nie tak.nak x??HAHA.

*ececehh..senyum2 sweet lateeww.HAHA*

NUR ZULAIKHA BT SAMOD.
HAHA.asal aku gelak nie nak tulis pasal kau nie zue oii..sebab kalau aku teringat kau.mesti aku teringat hobi kau time skola.kau suka salin lagu.sampai 2,3 buku ko boleh penuhkan dengan lirik-lirik lagu.aku sampai sekarang asyik kagun ngan kerajinan kau menyalin lagu yang konfem tak akan masuk exam.HAHA.aku pulak selalu pinjam buku tue,bukan nak salin pown tapi nak tolong nyanyikan untuk kau.umah kau dekat ngan sekolah,jadi memang aku ngan natasha selalu la singgah umah kau untuk basahkan tekak.al-maklumlah dulu koku hari sabtu.aku ngan natasha nie kadang bagus sangat tak nak susahkan mak ayah,jadi kami balik lah jalan kaki.HAHA.
*hah!tue dia umur dah 20 tapi pakai baju angr bird noo..!*

kami berpisah lepas habis sekolah rendah.diaorang dapat 5A aku pulak dapat 3A jer.aku sdih time tue.diaorang dapat sekolah asrama.aku pulak sekolah biasa.time sekolah rendah dulu diaorang nie pengawas tapi aku pustakawan jer.sekarang diaorang dah sambung degree aku pulak masih terkial2 nak habiskn diploma aku.see,mereka sentiasa didepan aku.dari dulu sampai sekrang,aku selalu tanya kat diri aku,apsal la aku tak pandai macam korank ha?? ^_^

-gambar masa darjah 5.-
*zue,boleh ku terangkan kenapa kau pejam mata masa tangkap gambar.aku rasa tak der la terang sangat flash kamera tue?HAHA.*
*alahai,muka natasha time nie innocent gilerr!.harharhar*

nak nengok aku plak.HAHA.malu laaa...

*haha.x nampak!!!* kan aku cakap,aku malu,


piss~i'm crying when i write this entry.nak dikira2 dah berapa tahun kita x jumpa.contact pun hanya kat FB and tepon2.kalau korank baca,harap korank tak lupa aku lagi.kalau korank lupa kat aku gak memang nak kena sekeh kepala sekor-sekor nie!

JOGGING

Okay.hari nie hari sabtu.disebabkan aku dah rasa lemak-lemak aku dah bermaharajalela kat badan aku maka dengan itu aku telah mengambil keputusan yang drastik untuk pergi berjogging! asal terkejut aku kata aku gi jogging.??HAHA.dah badan aku macam tong gas berdiri memang patut la aku berjogging.walaupown aku sayang lemak-lemak yang aku ternak nie tapi apakan daya,kang gemuk nanty tak larat lak aku nak jalan.aku jogging ngan housemate aku.si ciput as known as TEMBAM POCOYO.lokasi jogging adalah di KESUMA LAKES!

*muka ngantuk,pukul 6.30 pagi dah start jogging*

*hah!nampak tak kekurusan aku,kalau orang kata aku gemuk,aku tak tau la.HAHA*

nie la SI PUTERI yang kejut aku bangun.kalau dia tak kejut aku memang x berjogging la aku pagi nie.

piss~~Pergilah jogging.tak nak joggig pun jalan jadi lah.kang dah gemuk nanti banyak penyakit will come to you.bukan nak cantik untuk kurus tapi untuk sihat okay kawan-kawan.





Atiqah Rahman as known as BULAT

Awak entry nie saya buat khas untu awak sebab awak tinggalkan saya terkontang-kanting,tergolek-golek,terumbang-ambing kat bumi beranang nie,sampai hati awak tinggalkan saya masa saya tidur.bangun saya nampak awak tulis nota kat kertas.saya sedih.saya bosan tahap babeng punya.cam ner saya nak lepak kalau tak der awak.

     HAHA.geli lak berawak2 bersaya nie.kepada bulat kecik,bulat besar kau tau tak aku bosan bila kau tak der.kojaq kau an tinggalkan aku,ciss!!!siap mesej aku kau gi mandi air terjun bagai.korang nak tau saper dier nie.nak tau ker??ish..x yah laaa...nak tau gak..??haha.ok2 aku kuarkan gambar dier.jap2 yer.sabar okay!
gojeess tak kami?? HAHA. *oh,aku pakai spek sebab takut mata masuk pasir,bukan untuk bergaya!*

Aku nak tunjukkan kat korang hasil tangan si bulat nie kat bilik aku.nak nengok tak??kalau nak nengok buat tangan soley2 sikit.buat laa...eee,..aku kata buat!!BUATT!!ha.buat pown.good2. jom layan hasil kreativiti budak FELDA CHINI.

*nampak.!tak pasal2 abes dakwat printer aku*
tapi aku amat terharu bila dia tulis cam nie.meleleh beb air mata.

ok.pedulikan word HUSYAM tue.dia nie memang gedik.kena lempang sekali baru hilang kot gedik dia.
*nie nota yang dia tulis sebelum dia tinggalkan aku untuk 4 hari*

nie pulak hasil air tangan aku yang teramat la kreatif metif*mintak izin perasan sekejap yer*
jangan ditanya yer muat ker katil tu.terang2 la aku yang akan tidur dibwh dan dia akan tidur kat tilam.
#yer,aku selalu kena buli ngan dia,sadis!#

piss~~untuk awak,awak dah boleh dah menitiskan air mata dengan wujudnya entry nie untuk awak.ececeh.. suka lateww kau an.!



Kami masih Berkawan

askm.lama x update rasa cam janggal lak jari jemari nie nak tulis blog.agak lama aku rasa aku tinggalkan blog aq.ha,dah nampak sarang labah2,sarang tikus dan segala sarang kat blog aku nie.bosan punya pasal membuat aku mengupdate blog yang dah lama menyepi!

merujuk tajuk diatas,ramai yang tanya kat aku 'ko nie kapel lagi ker ngan bintat?'.pastu aku jawab la-'dah x,'.kawan aku tanya lagi 'abes tue apsal ko panggil dier abng lagi?'-soalan nie dah doploh lapan kali aku dengar.salah ker aku still panggil dier abang.sbb aku try gak pnggl panggilan lain tapi tak boleh la.susah.lagi pun kami berpisah bukan sebab orang ketiga ker,keempat ker atau ke berapa pown la.*okay,jangan tanya why we're break.'sensitip la. aku pun still leh jumpa dier lg.even,kakak dier kawen pown aku attend okay.walaupun kami bukan pakwe makwe tapi kami masih berkawan.

look kami leh tangkap2 gambar lagi.ahakss!!

*muka berminyak  *

*aisemen,cam tong gas berdiri*

*piss~~orang cakap aku,aku kapel ngan dier dulu sebab dier berduit.kepada sesiapa yang cakap cam tue. aku nak bagitau, walaupun aku x der ayah,tapi aku tak pernah harapkan duit saper2 pun.i have my own money and i don't need your money.