~~meh la baca~~

Thursday, September 6, 2012

apa itu BEBAS DAN PERJUANGAN.?

Salam,kalau ikut tittle kat atas mesti korang ingat yang ia berkaitan dengan merdeka.Iyer la biasanya pemikiran kita sering mengaitkan merdeka tue dengan bebas dan perjuangan.tapi bagi aku bebas dan perjuangan tue amat subjektif.boleh jadi bebas dari pemikiran,bebas dari perbuatan,bebas dari segalanya.apa2 pun ia terpulang pada individu untuk mentafsirkannya.
    Aku tertarik dengan satu buku yang sedang aku baca sekarang.Tajuk buku tue 82 Wanita Idola Sepanjang Zaman Rasullulah S.A.W. this book very inspired me.Kat buku nie i learn how to become a good Muslimah dunia and akhirat.tak rugi beli.just RM17 kat MPH.warna pink.maklumlah buku gurl2 kan.HAHA.
 Kalau kat buku ni kat page 100.Masa zaman Ruqayyah iaitu anak Rasullulah  semasa Islam hendak disebarkan malah hendak diperjuangan.Ditafsirkan bahawa.BACA ELOK-ELOK.be alert!!
  
     Kebebasan dari ketakutan dan perjuangan menuju keamanan.Kebebasaan dari perhambaan dan perjuangan menuju kemerdekaan.Kebebasan dari kehinaan dan perjuangan menuju kemuliaan. Kebebasan dari kesempitan dan perjuangan menuju kelapangan. Kebebasan dari kelumpuhan dan perjuangan menuju keaktifan.Kebebasan dari kelemahan dan perjuangan menuju kekuatan. Kebebasan dari ikatan-ikatan bicara dan perjuangan menuju kebebasan berbicara.

aku suka baca ayat nie berulang kali sebab ayat nie betul-betul motivated aku.

*Semoga korang yang baca nie dapat manfaat dari ayat nie.








Thursday, August 23, 2012

HARI RAYA.

Wah.lama sungguh tak update blog.mood malas semakin bermaharajalela,patut la lemak bersepah kat badan aku nie.haish tak boleh jadi.TAPII..Sempena bulan Ramadhan yang lalu berat aku telah turun.Maka berat aku yang dulunya 51kg telah bertukar sama sekali kepada 48.6.can u believe it?macam tak caya wey.Tapi tue bukan berat yg elok untuk aku.aku kena maintain 50kg.*perlu ker aku cakap pasal berat aku nie*HAHA.
 Sempena bulan baik aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada all my frens,my musuh also.HAHA.
keluarga aku:: 

Nie kat kampung.Pipi agak tembam yer. Ciss!

Penat sangat sampai keTIDURAN kat umah Mak Long aku.HAHA.

Suka suka pic nie.nampak natural gila muka aku.HAHAHA.

sepupu sepapat aku masa buat makan2.*boleh kata tiap2 malam makan besaq wey!*

makin bertambah orang dalam gambar.belakang tue rumah atuk aku a.k.a Tok Wan aku. old skol gila an.an.an?

Sepupu aku Kak Zila Bertunang.*Wah,ayu aku dlam gambar nie*

Lawatan bersama mak cik Oni kat umah sepupu aku.cermin besaq gilooss!
  Hari Raya Pertama aku raya di Key Ell.nasib baik lah meriah jugak kat Gombak nie.tak terasa la sunyi sepi Hari Raya aku.HAR3.lepas beraya umah mak cik aku kat Shah Alam baru la aku balik PENANG tersayang.

Wednesday, June 6, 2012

.aku gembira melihat kau bahagia.

salam,tengok jer kat atas tue dah tau.apa yang aku nak tulis kan.biarlah aku namakan si jejaka itu mr x. ramai tertanya2 siapa mr x.mr x pernah yang aku sayangi dan aku rindui selalu tapi sekarang dia bukan milik aku.
kerana percaya dengan khabar angin,aku lepaskan dia.arghh..bodoh betul aku masa tue.kerana nak balas dendam aku sakitkan hati dia.menyesalnya aku sekarang.sebab dialah aku ambil keputusan untuk terus hidup tiada pendamping yang bernama LELAKI.sebab aku tak pernah lupakan dia.
walaupun dia dah ngan orang lain.tapi aku happy sebab the gadis boleh buat dia bahagia.bukan macam aku.kepada awak yang dapat dia.jangan risau,aku takkan akan rampas dia untuk aku.melihat dia gembira dengan awak ,aku dah cukup gembira.jangan risau tentang aku yang nak amek dia dari awak.dulu yer,aku pernah terfikir nak rampas dia dari awak.tapi bila aku nengok dia gembira dengan awak.aku rasa,tak perlu,sebab aku pernah terbaca melepaskan orang yang kita cintai kepada orang yang dia cintai lebih bermakna dari aku merebut dia dari awak.aku doakan korang bahagia.


psss~~aku gembira kalau dia bahagia. :)

Wednesday, May 23, 2012

.broga.

oohhooiii.....apa khabaq suma.sihat dak?harap sihat la noo..ok stop talking loghat penang.penat okay.HAHA.seperti yang sudah sedia maklum.tajuk diatas menunjukkan aku akan tulis pasal broga.hah!apa tue broga.adakah ia sejenis kuih yang sedap atau kereta terbaru keluaran proton.HAHA.siapa yang tau tau briga memang sah korang tak pernah dengar HOT fm lebih hangat daru biasa tue kan.Okay,broga tue ialah sejenis bukit yer.yang terletak di semenyih,selangor.bersebelahan dengan Universiti Nothigham*aku tak tau aku eja u nie betul ker tak*so,malas nak bebel panjang sebab konfem2 la korang bukannya nak baca sangat pun tapi more to see my picture kan.soo...apa lagi..jom tonton gambar*betul ker tatabahasa aku nie?*

.FIRST TIME.
first sampai broga. looks muka excited kan.HAHA.

naik ramai-ramai.so,kalau jatuh ada back up.HAR3.

.SECOND TIME.
okay.pukul 6 pagi aku dah start mendaki.

HAHA,baru sampai.rehat jap kat batu.semput woo..

*ngee..comel tak aku buat muka cam tue*HAHA.

*no comment laa..*


pisss~~memang dua kali aku naik broga nie.dua kali juga la aku pakai baju yang sama.bukan apa selesa woo pakai baju nie.tak rimas langsung.SERIUSS!!baju nie serap peluh dan tak nampak bentuk body aku nie.HUHU.








Monday, May 14, 2012

.surat untuk bakal suami.

Bila sebut lelaki.bukan maknanya perempuan tue gatal,gedik atau hormon terlebih-lebih.memang lumrah pompuan la suka lelaki.kang suka perempuan gak songsang pulak kan.

Surat nie aku tulis untuk bakal suami aku.

Assalammualaikum.
    Saya tulis surat nie sebab saya nak bagitau sesuatu kat awak sebelum awak jadi sepenuhnya milik saya.oh,buka sepenuhnya,sebab awak milik Allah.saya hanya pinjam aku untuk seketika.awak akan jadi milik saya.saya bersyukur Allah kirimkan awak untuk saya.saya nak bagitau awak sesuatu.awak baca elok-elok.awak hayati betul-betul.saya  tak awak minta jadi sekacak Nabi Yusoff yang menawan Zulaikha,tak sekaya Nabi Sulaiman yang menjadi raja selama 40 tahun,tak setabah Nabi Ayob yang mampu menahan penyakit tanpa mengeluh bertahun-tahun,tak seberani Nabi Ibrahim yang mampu memecahkan berhala semasa kecil,tak seberani Nabi Isa yang mampu melawan ayah angkat baginda, Firaun tak sesuci Nabi Muhammad yang telah dibasuh hatinya dengan air zam-zam.

  Apa yang saya minta.lelaki yang mampu memimamkan solat saya,menegur saya kalau saya salah,merawat saya bila saya sakit,menenangkan saya bila saya resah.megembirakan saya bila saya sedih.mengajar saya bila saya tidak tahu.meyambut tangan saya bila saya jatuh.memimpin tangan saya bila saya dibelakang.

   Tak perlulah berlebih-lebihan cuma saya mahukan yang sederhana.itu yang saya mahu.Saya juga harap awak boleh terima zuriat yang saya kandung.Sanggup susah senang dengan saya.Tak akan tinggalkan saya walau apa jua keadaan.biarlah ajal yang memisahkan kita.Yang mencintai saya sampai akhir hayat awak. Yang merindui saya setiap masa.Yang hanya memandang saya istimewa di mata awak.

  Akhir sekali,saya nak awak janji.awak akan jaga saya macam mana awak jaga diri awak.

Assalammualaikum,peneman hatiku.

*nanti akad nikah elok-elok yer.awak cool and relax jer tau*

-LELAKI-

Daripada,
Bakal Isteri Awak.

Okay.stop romantic scene.geli lak aku tulis.Haha.*tapi tue la yang aku nak.*tapi lagi extra dapat lagi yang tahu masak,kemas rumah,romatik sikit.HAHA.enough2 huda.dah mengarut nie.*gatai sungguh nie*

   Cuma setiap kali berdoa.aku minta lelaki yang bakal menjadi teman hidup aku biarlah sekufu dengan aku.yang sanggup menerima aku seadanya dan menerima kelemahan diri aku.


Piss~~ when you love me ask my mother to marry me. 







.ayah.

Bila sebut pasal ayah.hati aku tiba-tiba sebak.tak pernah aku sangka Allah hanya pinjamkan insan yang bernama MOHD IDROS BIN HANAFIAH untuk aku selama 18  tahun.yer,bila tengok luaran aku happy.tapi aku terasa bila ada yang dapat pimpin tangan,tolak kerusi roda ayah diaorang.aku sedih sebab aku tak dapat cium tangan ayah aku bila aku balik.aku sedih bila setiap berita aku tak dapat sampaikan dekat ayah aku.aku sedih bila aku lemah ayah aku tak ada kat sebelah aku.aku sedih bila isi borang maklumat diri.tapi aku tak ralat sebab aku sempat jaga ayah aku masa ayah aku kat HUKM.*tapi masa tue bukan aku yg jaga ayah aku,tapi ayah aku yang jaga aku.HEHE.* kalau korang nak tau bufday aku sama dengan ayah aku.tap ramai tak caya.grr..geram jugak kalau ada yang tak caya.cam nak sekeh jer kepala.

   Ayah meninggal masa aku sem 1.lagi 2 minggu aku nak final exam.pukul 2 pagi kakak aku kejut.dalam hati aku dah agak,ayah dah pergi.aku kuatkan semangat,tahan air mata agar tak tumpah.sampai hospital aku nengok ayah dah berbalut dengan kain putih.ayah kaku.pejam mata.tidak bergerak.aku nengok adik-beradik aku menangis,kami berpelukkan.tapi pelukkan tak dapatkan redakan sedih aku.aku diri tepi dinding
 harapkan keajaiban berlaku.aku dengar yasin.kat rumah macam tue.aku tidur sebab aku harapkan semua itu mimpi ngeri aku.tapi bukan.ayah memang betul dah tak der.dalam diri,aku paksa redhakan diri aku.ayah bukan hak aku,ayah bukan milik aku,ayah hanya pinjaman yang bila-bila masa boleh ditarik.aku ambil cuti 3 hari.cukuplah sampai hari terakhir tahlil untuk ayah.bukan apa,aku nak lupakan sedih aku.aku ingat aku kuat,tapi air mata jatuh bila aku lihat lelaki bernama ayah walaupun bukan ayah aku.

     Dalam hati,aku tanya,kenapa Allah ambil ayah aku?kenapa tak ambil orang jahat.ayah aku baik.baik sangat-sangat.tapi aku ingatkan balik.Hak Allah siapa boleh sangkal.aku hamba.sebelum ayah meninggal ayah jadi kurus.ayah macam tahu ajal dia akan tiba,ayah tak nak cakap.cuma beri bahasa isyarat.ayah cakap.belajar rajin2.solat jangan tinggal.ahh..ruginya aku sebab itu jer yang aku boleh tangkap.setiap tahun bila bufday aku,aku jadi sedih.peneman aku masa aku sedih dah tak ada.yang nak rasa aku masak dah tak ada,yang nak tegur aku dah tak ada.yang kasi aku semangat dah tak ada.

   Kalau bufday sama.mesti rapat?yer,memang aku dan ayah rapat.tapi kami berbeza sikap.
*ayah agak pendiam aku pulak pembising.
*ayah pengemas aku pulak penyelerak.
*ayah seorang yang buat kerja sampai habis,aku pulak buat kerja mesti nak bertangguh.
*ayah kemas bila nak pergi kerja,aku pulak tudung senget pun boleh pegi kelas.
*ayah sangat displin aku pulak sebaliknya la.HAHA.
*ayah pandai,aku pulak suam-suam kuku.

persamaam kami pulak :
*suka berangan.
*suka mengalah.kalau mak aku membebel,aku diam jer. *taat kan aku nie*haha.
*berselera bila makan.
*cara jalan.
 *cepat percayakan orang.
*cepat kasihankan orang.

#cukup la kasi tau sikit-sikit.aku ada video nak tunjuk nie.

-buang-
*video terakhir aku rakam sebelum ayah pergi mengadap Illahi*


piss~~untungnya mereka yang masih mempunyai ayah.walau segarang manapun ayah,walau sesibuk manapun ayah,walau sejauh manapun ayah, ingat lah dalam hati seorang ayah,nama anak-anak tidak pernah luntur.jika ayah marah,jangan dilawan,jika ayah merotan jangan dilawan,jika ayah menegur,jangan dilawan,jika ayah menyuruh sesuatu jangan dilawan.aku percaya semua itu untuk kebaikkan kita juga sebagai anak.

Sunday, May 13, 2012

.feeling.

Tak ada apa-apa nak cakap.cuma aku nak kongsikan perasaan aku.

.AKU SUKA KAU SANGAT-SANGAT.

even i know i will never gets you.but i always pray to gets SOMEONE LIKE YOU one day.

this is for you *lintah kacak*

*hensem tak lintah  aku.HAHA.*